Monday 12 September 2011

8. Milk Booster = Membanyakkan Air Susu = Increase milk Supply



Untuk memastikan hasil tenusu saye sentiase mencukupi n smakin bertambah...antara amalan yg dipraktikkan adalah seperti berikut (wlupun x braper nk rajin ikot sume): Mostly list nih dikumpul daripada website-website ibu yang menyusu, majalah-majalah dan sumber-sumber mulut orang yang boleh diguna pakai untuk menambah ASI. Tidak semua senarai ni serasi dgn semua ibu hokey. Ia depend pada badan kita gak. Boleh try and error, yang mana berkesan dan serasi amalkan dan kongsikan dengan rakan lain. InsyaAllah, ia akan lagi membantu meningkatkan pengeluaran ASI anda. Tanda (*) ini antara yang berkesan pada saye. Selamat mencuba!!!

PEMAKANAN
  • (*) Lobak putih -  orang kata rasanya pelik, tak sedap dan pahit, tp sbg saya SEDAP.  Kesannya mmg terasa. Dan ia mmg membantu utk membayakkan susu.
  • (*) Bayam - masak air pun sedap dah. ada orang buat goreng. 
  • (*) Broccoli - Sumber Kalsium yang baik.
  • (*) Sawi - Masak rebus.
  • Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
  • (*) Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus 
  • Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah  bagus utk pekatkan susu.
  • Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  • Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi.
  • Petola, daun turi - masak lemak manis
  • (*) Roti - segala jenis roti especially roti planta
  • (*) Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
  • Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert
  • (*) Kismis - 7 biji setiap pagi, tengahari, malam
  • Sengkuang Cina
  • (*) Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.Momma amik Kellogge Cornflakes + Kismis + Milo
  • Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau

MINUMAN

  • (*) Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. sekurangnya 3L. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
  • Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
  • (*) Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
  • (*) Halba - rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.
  • (*) Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
  • (*) Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
  • Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  • (*) Soya (hanya ESP menjadi pilihan)
  • Air Kelapa - bergantung pada ketahanan seseorg...ada org akan jd sengal2 tulang
  • (*) Air Sengkuang Cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.
  • Daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
  • (*) Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  • Milkmaid tea
  • Melilea Organic Soya Drink
  • Autumnz Organic Nursing Tea 
  • Joy Angel Nursing Tea 

SUPPLEMENT
  • (*) Kalsium
  • (*) Obimim
  • Omega 3
  • (*) Vitamin C
  • Jamu yang membanyakkan air susu i.e PIL ASI, jamu nona roguy (phytonatal)
  • (*) Alfalfa
  • Bidadari DCL
  • GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.
  • Habatussauda 
  • Organic Spirulina
  • Melilea Greenfield Organic 
  • ML - Goat's Rue Vegetarian Capsules  
  • ML - More Milk Plus Vegetarian Capsules 
  • ML - More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz) 

PERBUATAN
  • (*) Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju, Masa mandi check kalo-kalo ada yang tersumbat.
  • (*) Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti. 
  • (*) kerapkan power pumping waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon BREAST untuk membanyakkan air susu.
  • (*) Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat tetek.
  • (*) Pam susu sambil lihat muka anak or gambar anak di hp atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
  • (*) Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan (tidak stres) dan di banyakkan air susu. Usaha + tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum start pump, semasa pump dan selepas pum.
  • Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin
    terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti) as roven skin to skin contact akan encourage baby utk menyusu sekerap mungkin.
  • Susuilah baby kedua-dua belah payudara sehingga baby sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu. Kalo tak boleh buat double pumping bersama baby.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. SMS ke 013-2053494 atau email ke eiysha1004@gmail.com

No comments:

Post a Comment