Thursday 16 February 2012

62. BERTENAGA KETIKA UMRAH & HAJI

Menunaikan Haji @ Umrah adalah seruan Ilahi yang sgt di nanti-nantikan oleh Umat Islam...sehinggakan jika kita lihat mereka yang berkerusi roda juga sanggup ke sana walaupun tidak sihat...

Anda bagaimana?? sekiranya masih belum berkemampuan ke sana...apalah salahnya kita membelikan supplement ini sebagai hadiah kepada Ibu Bapa anda @ ahli keluarga yang bakal kesana....kerana kebiasaanya orang akan memberikan duit untuk dijadikan bekalan. Kan lebih bagus jika berikan mereka Shaklee agar ibadah Haji dapat ditunaikan dengan penuh khusyuk dan tawadduq. Lagipun kita perlu bersedia untuk kemungkinan yang datang dan bersedia untuk sihat juga adalah penting.

Supplement yang saya cadangkan :

Pakej Asas Haji & Umrah
(1)   Set A ( Vitalea, B-complex, Vitamin C)
(2)   Performance Drink
(3)   Ostematrix





Pakej Advance Haji & Umrah ( Pesakit Kencing Manis@Diabetes, Darah Tinggi, Kolestrol)
(1)   Set A ( Vitalea, B-complex, Vitamin C)
(2)   Performance Drink
(3)   OsteMatrix
(4)   Fiber Unflavored Plan

Walaubagaimanapun, ingin saya ingatkan bahawa supplements ini hanyalah usaha kita untuk memastikan kesihatan optimum sepanjang menunaikan ibadah di Tanah Suci. Namun, nikmat kesihatan (dan sakit) itu datangnya dari Yang Maha Esa, dan kepada-Nya lah kita bertawakkal. Insya Allah.




1. Performance Drink-
 untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah umrah & haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.

2. B Complex- Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) Mengurangkan stress kerana  ketika menunaikan ibadah umrah & haji ini sudah tentu banyak berjaga kerana tidak mahu melepaskan peluang menunaikan ibadah dengan lebih sempurna, adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur maka B complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.

3. Vitamin C- sangat penting dalam memastikan tubuh kekal sihat...dan bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit. 

4. Vita-Lea - Sebiji Vita-Lea mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian.

5. Kalsium @ Ostematrix- Sesungguhnya ibadah umrah dan haji memerlukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan tulang 4 kerat kita. Maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas @ sesemut dan ada juga yang mengalami kejang kaki sekiranya duduk @ berdiri terlalu lama.

6. Fiber Unflavoured - digalakkan kepada mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Bagi memastikan tubuh kita tidak mengandungi lebihan gula atau kolesterol yang boleh memudaratkan tubuh sepanjang mengerjakan ibadah haji dan umrah. kerana ia berfungsi untuk menyerap dan membuang segala lebihan gula dan kolesterol dalam darah.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma

61. LOYA a.k.a MORNING SICKNESS

Holla semua..kerana kesibukan yang melapau...trasa lama x update blog nie...Ari nie share something yang berkaitan LOYA PAGI @ lebih dikenali MORNING SICKNESS... huhuh..mommies2 kt luar sana pastinya pernah melalui pengalaman nie walaupun sikit....

I'Allah....saya bakal mengandungkan ank ke-2...I'Allah?? knpe I'Allah?? sbb nye... saye ada buat pregnanncy test sendiri b4 sampai tarikh period...n hasil nya +ve....so..klu nk confermkn kne la tggu beberapa minggu tgk period ker x...... Ish melalut dh nie...

Ok la saya nk share sedikit cara-cara mengatasi morning sickness...

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.


Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.


Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan.



Cara mengatasi alahan
Makanan

  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng. Bawa kismis kemana saja anda pergi dan jadikan ia sebagai snek sampingan
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya. Ambil buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, belimbing, betik dan tembikai susu. Selain dari kandungan air yang tinggi, ia juga kaya dengan vitamin C dan boleh membantu anda terasa lebih segar.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.
  • Jika berpeluang, bercutilah bersama keluarga dan pasangan ke tempat peranginan terutama yang berhampiran dengan pantai. Angin dan udara segar dari laut pasti membantu anda terasa lebih segar.
Minuman
  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
  • Minum air dengan banyak untuk mengelak dari kekurangan air dalam badan. Kalau  tak boleh minum air kosong, gantikan dengan air dan jus buah-buahan

Rutin harian
  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

credit : http://isterifaiz.blogspot.com