Friday 28 October 2011

54. Fungsi Vitamin Shaklee





Vivix™ 

Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  








Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  • Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal

Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
Vitamin C
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan*


Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua.¹
Satu kapsul gel lembut membekalkan:
  • 400 IU vitamin E dari sumber semulajadi.
  • 10 mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E.
Vitamin B Penting untuk Kesihatan
Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi? Tekanan hidup, alkohol dan ubat-ubat preskripsi berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme.*

Pilihan Vitamin B yang Tepat dan Seimbang
Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang.


Zink hadir di dalam semua sel tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia.  
  • Satu tablet membekalkan 100% Nilai Harian bagi zink.
  • Zinc adalah faktor di dalam mengekalkan kesihatan yang baik, dan membantu tubuh badan memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.
  • Dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang.
  • Dengan rumusan sayur-sayuran.

Emulsifier Semulajadi

Akademi Sains Nasional (The National Academy of Sciences) telah menentukan bahawa kolina adalah penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuro-penghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.
  • Setiap kapsul membekalkan 530 mg lesitin, termasuk 80 mg fosfatidilkolina dan 48 mg fosfatidilinositol
  • Diperolehi secara semula jadi daripada kekacang soya
Alfalfa merupakan satu gudang zat. Akar tunjangnya yang mengunjur ke bawah sedalam 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis yang semulajadi.

Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.
  • Sumber semula jadi dari alfalfa
  • Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu

Perlindungan Sel-Sel dari Dalam*
Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. *
Karotenoid yang paling berkhasiat
  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata*
  • Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.
Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan
  • Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang
  • Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
  • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruitAlpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
  • Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi

Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.  Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Kaplet bersalut yang mudah ditelan
  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet.  Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.

OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.*

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*


Serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa sangat kaya dengan Vitamin C dan sesuai dibancuh dengan jus buah-buahan, susu dan minuman yang lain.
  • Setiap hidangan mengandungi 4 g serat larut air

Wednesday 26 October 2011

53. Semula Jadi Tanpa Solekan @ Make-Up



Perempuan yang tak bermakeup ni biasanya simple orangnya. Macam saya la tu...nama pun KHAIRULNNISA...mmber pun panggil K-roll...means saya bukan la antara wanita yg feminin...Tapi!! yang  klakarnya sejak2 masuk ke alam pekerjaan ni nama NISA plak yg sentiasa meniti d bibir2 kawan2 sepejabat ni...xper la..feminin la ckit kn...namun saya tetap x suka bermake-up...remeh...pada saya pkai baju yg seswai..pakai tudung ...alas bedak sikit2..n GO....SIMPLE kan...OWH. En.Hubby...trima la seadanya isterimu ini...


saya kongsikan amalan yang slalu saya amalkan...
  1. Minum air yang banyak, makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Diet yang sihat akan memancarkan wajah yang ceria!
  2. Bersihkan wajah dengan pencuci muka dengan menggunakan an antibacterial face wash, setiap hari.
  3. Scrub muka setiap 3 hari. Ini akan menyegarkan wajah.
  4. Gunakan moisturizer with sunscreen setiap hari. (kadang2 jer pakai sbb jarang sgt terdedah dgn matahari)
Tapi..dengan keadaan cuaca yang semakintidak menentu keadaan sekeliling yg tercemar memerlukan penjagaan yg lebih untuk wajah..d sebab kan saye nie x suker nk make-up tebal2..1-1 nya jalan yg perlu di lakukan adalah menjaga pemakanan & kesihatan dalaman bg memastikan kesihatan luaran..


Maka Vitamin la pilihan saya untuk menggantikan makanan yg di perlukan oleh kulit kerana jadual kehidupan yg padat sehari2...


Apa?? 



Sekiranya anda memahami fungsi dan kepentingan protein dalam kehidupan, anda pasti tidak akan ragu-ragu untuk melabur wang bagi mendapatkan protein yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda. Kepentingan protein, b complex, vitamin c dan vitamin e sebagai ‘makanan’ untuk kulit kita.

Yang pertama,  protein.  Asasnya, kita ini adalah protein dan dibina oleh protein. Sel tubuh kita terbina daripada protein. Namun, pelbagai proses yang dilalui oleh tubuh kita menyebabkan protein termusnah, menjadi tua, rosak dan sebagainya. Justeru, kita perlukan protein baru untuk mengganti protein yang hilang tadi.

Sel kulit berganti setiap 21 hari. Selepas 21 hari, ia akan digantikan dengan sel baru, which is, sekiranya kita memberikan tubuh kita ‘makanan asas’ yang sihat, maka sel yang terhasil itu pastilah sihat juga. (Sebab tu dalam bidang kecantikan, kerap ditekankan proses scrubbing untuk menghasilkan kulit yang cantik. Sebenarnya, apa yang anda lakukan ialah membuang sel2 lama yang telah rosak dan mati, dan membenarkan sel2 baru untuk hidup dan bernafas menggantikan sel2 lama tadi).

Protein boleh diperolehi daripada ayam, ikan, daging, kekacang .. namun, hakikatnya, suhu yang tinggi memusnahkan pula protein tadi. Maka, pengambilan suplemen protein yang berkualiti adalah penting untuk membantu anda mendapat khasiat protein yang optimum.

Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu,

Vitamin B Complex ( B for Beauty) menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.

Vitamin E yang memang diketahui umum adalah vitamin untuk kecantikan kulit, melawan penuaan. (kedut of course!). Vitamin E bersifat anti-oksidan dalam bentuk fat-soluble (manakala Vitamin C tadi dalam bentuk water-soluble).




CREDIT : http://www.yoursupermom.com/



Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma



52. Kenali Shaklee

Keistimewaan Shaklee
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – 
ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat 
kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. 
Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami 
meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin 
ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, 
phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau 
propilena glikol. 
Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, 
tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. 
Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami 
adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun 
asid phthalates dan cecair toksik. 
Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. 
Terjamin, Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 @ email ke 
eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma

Friday 21 October 2011

51. Herbal Blend® Multi-Purpose Cream




  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kak.
  • Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.


Tuesday 18 October 2011

50. Lagi Informasi untuk Preggy Mommies...

Since ramai sgt kwn saye yg preggy tahun nie....(sepanjang tahun nie ader jer yg bakal bersalin)..so...nk kongsi la info2 supplimen yg terbukti keberkesanan nya n boleh d ambil sepanjang tempoh kehamilan, berpantang dan sepanjang menyusukan anak kelak. I'Allah....




Vitamin A
- Mengelakkan rabun malam
- Membina sel otak
- Mengelakkan kelesuan
*Umum mengetahui bahawa Vitamin A boleh menjadi toksik jika diambil berlebihan. Oleh itu vitamin A diambil dalam bentuk multivitamin, dan jika perlu hanya ambil dalam bentuk pro-vitamin A.
Produk Shaklee untuk vitamin A : Vitalea
Produk Shaklee untuk pro-vitamin A : Carotomax

Vitamin B Complex
B Complex sepatutnya mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik. Namun biasanya kita selalu dengar tentang asid folik sahaja. Apakah kepentingan vitamin-vitamin B yang lain?

Vitamin B1 (thiamine)
- membina jaringan fungsi saraf, otot dan otak.
- menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga
- mengelakkan diabetes
Vitamin B2 (riboflavin)
- menjaga kekuatan myelin iaitu saraf yang menyambungkan maklumat
- menguatkan fungsi otak
Vitamin B3 (niasin)
- memberi tenaga, mengelakkan kelesuan
- mengurangkan perasaan stress dan tertekan
- memberi ketenangan
Vitamin B5 (pathotenic acid)
- mengelakkan kekejangan otot
Vitamin B6 (pyriodoxine)
- membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan - - pre-eklampsia
- memberi tenaga
- menghilangkan rasa lesu
Vitamin B9 (folic acid)
- penting dalam sintesis DNA dan pembahagian sel di awal kehamilan
- mengurangkan risiko spina bifida pada bayi
- menjaga fungsi saraf
- mengelakkan kurang darah
Vitamin B12 (cyanocobalamin)
- mencegah anemia
- menjaga kesihatan kulit
- mencegah kelesuan
Produk Shaklee yang mengandungi vitamin B : B Complex

Vitamin C
- Membantu menyerap zat besi
- Membantu dalam sintesis protein
- Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia, etc.
- Mencegah selesema
Produk Shaklee untuk vitamin C : Vita-C 500mg Sustained Released

Vitamin D
- penting dalam penyerapan kalsium
- mengelakkan penyakit reput tulang kepada ibu dan anak yang dikandung
- mengelakkan kekejangan otot
Produk Shaklee dengan vitamin D : Ostematrix – Calcium, Magnesium & Vitamin D

Vitamin E
- Menjaga saraf dan otot
- Mengelakkan keguguran
- Sebagai antioksidan
Produk Shaklee untuk vitamin E : Vita-E Complex

Vitamin K
- penting untuk pembekuan darah
- mengurangkan risiso pendarahan
Produk Shaklee untuk vitamin K : Vitalea



Set J1 (Trimester 1)


VitaLea ,
B complex, 
Vitamin C


Ostematrix







Set J2 (Trimester 2&3)
VitaLea ,
B complex, 
Vitamin C, 
Ostematrix 
Omega Guard



Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma

Monday 17 October 2011

49. GLA Complex (Khas Untuk Awet Muda)


Cantik dan Awet Muda dengan Shaklee GLA Complex


EPO (Evening Primrose Oil) sangat popular dan sentiasa menjadi pilihan kaum wanita walaupun shaklee tiada EPO, namun mempunyai sejenis suplemen yang dikenali sebagai GLA Complex.

GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

GLA adalah antara kandungan di dalam EPO.

Fungsi GLA Complex ini kepada kaum wanita :-





  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid

  • Membantu meningkatkan kesuburan


  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)


  • Membantu dalam menangani menopus


  • Menguatkan kuku dan rambut


  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri


  • Membantu menangai ekzema


  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid


  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri


  • Menguatkan imuniti tubu


  • Memperlahankan proses penuaan


  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung


  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi


  • Mengawal kolesterol


  • Untuk fungsi saraf

    • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
    • Menyokong sistem imun
    • Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
    • Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriiti sel

     

    Cadangan pengambilan GLA Complex untuk :
    -Diabetes
    -Period tidak teratur
    -Mencantikkan kulit



    Asid lemak untuk wanita


    Soalan: Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ?
    Jawapan
    Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).
    Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.
    Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.
    Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.
    Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.
    Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.
    Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.
    Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.
    Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.



    EPO dan GLA

    Saya pernah membaca entry seorang kakak yg banyak membantu sepanjang saya menghadapi masalah penyusuan iaituMommyLina Superkids, ada update pasal EPO di blog Gaya Hidup Sihat dia. saya share semula dengan kawan2 semua pasal kelebihan EPO sebab saya tahu ramai kawan2 yang ambil EPO ni :

    ~* credit to MommyLina Superkids dan juga Kak N anakkuwiraku.blogspot.com for all infos
    okey. buat pengetahuan kawan2 semua, tidak ada EPO dalam rangkaian produk Shaklee. namun begitu,kami mempunyai sejenis produk yang kami namakan GLA (Gamma-Linolenic Acid)

    sebelum tu, saya nak share some facts about EPO

    " The oil of evening primrose is very rich in polysaturated comega-6 fatty acids, which arenecessary fatty acids that body needs to complete numerous functions including insulin absorption, regulating the heart, and regulating mood. The body does not manufacture these fatty acids on its own, so they have to be taken as food or food supplements. Aside from the omega-6 fatty acids, evening primrose oil has linoleic acid and gamma-linolenic acid (“GLA”). Both of these acids are very important and very beneficial to general well-being.Linoleic acid is thought to help the body make use of insulin, regulate weight, and prevent cancer and heart disease. GLA is thought to reduce swelling or irritation. Because of thehigh GLA content of evening primrose, it is recommended to help treat inflammatory ailments like asthma or arthritis. Research also indicates that evening primrose could benefit sufferers of chronic fatigue syndrome, but little is understood about chronic fatigue syndrome and further studies are needed. "

    then, apa pula GLA?

    GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakanbahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

    FAEDAH

    GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan eczema. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapatmembantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.
    SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA?

    GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS.GLA sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan

     Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma

    48. Makanan Berkhasiat Merangsang Penghasilan SUSU Ibu

    Sumber Makanan Berkhasiat Yang Boleh Merangsang Penghasilan Susu Ibu

    Nutrien & Contoh Sumber Makanan yang membantu merangsang pengeluaran susu ibu:

    1. Kalsium: 
    Susu dan hasil tenusu, ikan yang tulangnya boleh dimakan (seperti sardin dalam tin, ikan bilis), kacang dan hasil kekacang termasuk dhal, tauhu dan tempe, sayuran seperti bayam, selada air, daun mustard, cekur manis, daun ubi, kailan dan brokoli, produk diperkaya dengan kalsium seperti susu berkalsium tinggi, yogurt, bijiran sarapan pagi, biskut dan nasi.

    2. Zat Besi:

    Kerang, ikan bilis (keseluruhan), hati, daging tanpa lemak, ayam, telur, kacang kuda, tauhu kering, pucuk paku, peria, bayam dan kangkung.

    3. Iodin:
    Makanan Laut seperti kerang, kupang, ikan air laut, rumpai laut, daging, susu dan hasil susu bijirin, kekacang yang dikeringkan dan buah-buahan yang dikeringkan.

    4. Zink :
    Daging, ikan, kerang, kekacang, biji benih, bijirin-bijirin penuh (terutama bran)

    5. Folat:
    Sayuran berdaun hijau,kacang bendi, asparagus, kekacang, hasil bijirin yang diperkaya dan hati.

    6. Vitamin A:
    Hati, susu, telur, buah-buahan berwarna kuning dan merah (mangga, betik), sayuran berwarna kuning dan merah (lobak, labu), dan sayuran berdaun hijau.

    7. Vitamin B1:
    Ragi, kekacang, produk yang diperkaya seperti roti, bijirin dan biskut.

    8. Vitamin B2:
    Kekacang (kacang kuda, soya,kacang merah dan kacang hitam), daging, telur ayam dan ekstrak daging

    9. Vitamin B3:
    Daging, hati, ikan bilis,kacang dan kacang-kacang lain, bijian penuh dan tepung gandum mil penuh

    10. Vitamin E
    Minyak sayur, biji benih, kacang dan bijirin bijian 

    Sumber : Nutrition Society of Malaysia and Ministry of Women, Family and Community Development, Women & Nutrition: A Practical Guide for Health Professionals, Malaysia 2005



    Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma