Wednesday 26 October 2011

53. Semula Jadi Tanpa Solekan @ Make-Up



Perempuan yang tak bermakeup ni biasanya simple orangnya. Macam saya la tu...nama pun KHAIRULNNISA...mmber pun panggil K-roll...means saya bukan la antara wanita yg feminin...Tapi!! yang  klakarnya sejak2 masuk ke alam pekerjaan ni nama NISA plak yg sentiasa meniti d bibir2 kawan2 sepejabat ni...xper la..feminin la ckit kn...namun saya tetap x suka bermake-up...remeh...pada saya pkai baju yg seswai..pakai tudung ...alas bedak sikit2..n GO....SIMPLE kan...OWH. En.Hubby...trima la seadanya isterimu ini...


saya kongsikan amalan yang slalu saya amalkan...
  1. Minum air yang banyak, makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Diet yang sihat akan memancarkan wajah yang ceria!
  2. Bersihkan wajah dengan pencuci muka dengan menggunakan an antibacterial face wash, setiap hari.
  3. Scrub muka setiap 3 hari. Ini akan menyegarkan wajah.
  4. Gunakan moisturizer with sunscreen setiap hari. (kadang2 jer pakai sbb jarang sgt terdedah dgn matahari)
Tapi..dengan keadaan cuaca yang semakintidak menentu keadaan sekeliling yg tercemar memerlukan penjagaan yg lebih untuk wajah..d sebab kan saye nie x suker nk make-up tebal2..1-1 nya jalan yg perlu di lakukan adalah menjaga pemakanan & kesihatan dalaman bg memastikan kesihatan luaran..


Maka Vitamin la pilihan saya untuk menggantikan makanan yg di perlukan oleh kulit kerana jadual kehidupan yg padat sehari2...


Apa?? 



Sekiranya anda memahami fungsi dan kepentingan protein dalam kehidupan, anda pasti tidak akan ragu-ragu untuk melabur wang bagi mendapatkan protein yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda. Kepentingan protein, b complex, vitamin c dan vitamin e sebagai ‘makanan’ untuk kulit kita.

Yang pertama,  protein.  Asasnya, kita ini adalah protein dan dibina oleh protein. Sel tubuh kita terbina daripada protein. Namun, pelbagai proses yang dilalui oleh tubuh kita menyebabkan protein termusnah, menjadi tua, rosak dan sebagainya. Justeru, kita perlukan protein baru untuk mengganti protein yang hilang tadi.

Sel kulit berganti setiap 21 hari. Selepas 21 hari, ia akan digantikan dengan sel baru, which is, sekiranya kita memberikan tubuh kita ‘makanan asas’ yang sihat, maka sel yang terhasil itu pastilah sihat juga. (Sebab tu dalam bidang kecantikan, kerap ditekankan proses scrubbing untuk menghasilkan kulit yang cantik. Sebenarnya, apa yang anda lakukan ialah membuang sel2 lama yang telah rosak dan mati, dan membenarkan sel2 baru untuk hidup dan bernafas menggantikan sel2 lama tadi).

Protein boleh diperolehi daripada ayam, ikan, daging, kekacang .. namun, hakikatnya, suhu yang tinggi memusnahkan pula protein tadi. Maka, pengambilan suplemen protein yang berkualiti adalah penting untuk membantu anda mendapat khasiat protein yang optimum.

Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu,

Vitamin B Complex ( B for Beauty) menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.

Vitamin E yang memang diketahui umum adalah vitamin untuk kecantikan kulit, melawan penuaan. (kedut of course!). Vitamin E bersifat anti-oksidan dalam bentuk fat-soluble (manakala Vitamin C tadi dalam bentuk water-soluble).




CREDIT : http://www.yoursupermom.com/



Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma



No comments:

Post a Comment