Friday 30 December 2011

60. FIBER PLAN UNFLAVORED

FIBER UNTUK SEMBELIT, GOUT, DIABETES DAN KURUS!


Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

Namun, ramai antara kita yang TAKUT nk makan sayuran (xtau takut ape), buah-buahan dan bijirin secukupnya di dalam diet harian mereka...

Mari kita semak skala kesihatan kita. Jika jawapan anda YA kepada sekurang-kurangnya salah satu dari soalan di bawah ini, bermakna anda kurang mengambil sumber serat(fiber) di dalam diet harian anda!

Adakah anda mengalami masalah:
- sukar untuk membuang air besar?
- jarang membuang air besar?
- kencing manis?
- gout?
- kolesterol tinggi?
- berat badan berlebihan?

MAKA!!

Di Shaklee, kami mempunyai produk untuk sumber serat yang di panggil Fiber Plan Unflavored.

Apakah kepentingan Fiber untuk sistem tubuh badan kita?


(1) Mengurangkan sembelit yang akan menyebabkan masalah buasir, angin pasang & penyakit diverticular.
(2) Mengelakkan kanser usus.
(3) Menggalakkan bakteria baik di dalam usus besar.
(4) Mengeluarkan keracunan dari badan dengan mempercepatkan pembuangan najis.
(5) Mengurangkan paras kolesterol.
(6) Mengurangkan lebihan gula di dalam darah - untuk pesakit kencing manis (diabetes).
(7) Menyerap lebihan asid urik dalam badan - untuk pesakit gout.
(8) Sesuai untuk mereka yang ingin melangsingkan badan kerana serat akan berada lama di dalam perut - beri perasaan kenyang (weight management).

Bagaimana rasa Fiber Shaklee nie?

Seperti bancuhan serat yang nipis, disertai rasa masam buah oren.

Peringatan:
Fiber Plan Unflavored dari Shaklee ini sangat powerful di mana jika:

(1) Terlebih bancuh, menyebabkan bancuhan Fiber menjadi jeli (jelly).
(2) Terlebih makan, akan menjadikan perut sebu (bloating).
(3) Terlebih sukatan, menyebabkan paras gula di dalam darah jatuh serta merta.

Jadi, sila dapatkan konsultasi sebaiknya daripada pengedar Shaklee anda, Buat customer Eiysha, jangan risau, jadual pengambilan akan disertakan dengan setiap pembelian Fiber Plan Unflavored ini.

credit : genkimomma

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma

Thursday 29 December 2011

59. Kelebihan Lecithin

LECITHIN?






Ia adalah antara vitamin yang popular kerana fungsinya untuk memecah lemak...TAPI!! rasanya ramai yg kurang tahu ia berfungsi lebih dari itu...

fakta: Lecithin itu sendiri adalah lemak.. FAT??..oppss. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn .. 

contoh buat kek...yg basic tu mcm tepung gula telur. klu xde...tak jadi kek tu..serti  Lecithin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans ...dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin...dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean...   
i likeee..


13 kelebihan tentang Lecithin yang anda perlu tahu!!

* Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras ... Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini 

* Kenapa org yang nak kurus suke lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

* Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecithin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan....Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2...jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,

Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati....

* Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin

Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur lecitin itu sendiri melindungi sel dari teroksida

Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...

* Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema

* Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

* Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

*  Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma

Wednesday 7 December 2011

59. SALURAN SUSU TERSUMBAT

Masalah penyusuan - Saluran susu tersumbat

Banyak faktor masalah susu tersumbat boleh dielak. 

Simpton 
· Payu dara sihat cuma rasa berketul di bahagian tertentu. 
· Rasa sakit di bahagian berkenaan. 
· Nampak kemerahan 
· Tidak demam, mungkin selsema - seperti simpton di peringkat awal masalah bengkak susu

Punca
· Trauma/tekanan luaran - bra yang ketat, kerap tidur, tekan dengan jari semasa menyusukan anak. 
· Lebih bekalan susu 
· Bintik putih di atas puting/susu di bawah kulit ( milk blisters) 

Pengurusan 
Perkara yang perlu diambil kira ketika mencatat latar belakang 
· tanya bagaimana perasaan ibu ketika menyusu 
· kekerapan dan tempoh menyusu 
· sakit puting 
· situasi dalam keluarga - tekanan, letih, sokongan emosi 
· pemakanan si ibu dan kesihatannya. 

Penilaian penyusuan 
· posisi dan dakapan 
· tekanan daripada pemakaian, jari ketika menyusu yang boleh meransang pengaliran susu 
· bintik putih di atas puting atau perkara tidak normal yang lain 

Rawatan relevan 
· meningkatkan posisi dan dakapan untuk memastikan pengaliran susu yang lebih efektif dan pengaliran susu ibu. 
· Menggelakan tekanan 
· Bintik putih di atas puting mungkin perlu dibuang, jika tidak selesaikan secara spontan dengan hisapan bayi. 

Cadangan Yang Praktikal 
Sama seperti bengkak susu, begitu juga cara ini. 
· urut perlahan-lahan di sekeliling payu dara hingga ke puting sebelum dan semasa penyusuan atau memerah. 
· Jika perlu sokong payu dara dengan telapak tangan. 
· Elak - tidur meniarap baju dalam ketat, tali penyokong mendukong bayi yang menekan payu dara dan putting yang kena payu dara, menekan puting, tekanan jari keatas payu dara. 
· Rehat bersama bayi di atas katil dan kerap memberi bayi menyusu - setiap 2 hingga 2 ½ jam sekurang-kurangnya, makan dengan sempurna, minum air secukupnya.

CREDIT: http://susu-terbaik.blogspot.com

Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma

58. SAYA JENIS TAK CUKUP SUSU?? SEMAK SEMULA

Adakah saya mempunyai susu yang cukup

Kebanyakan wanita yang pertama kali melahirkan anak pasti akan berasa bimbang sama ada bayi akan mendapat susu yang cukup. Lebih-lebih lagi wanita yang mempunyai saiz buah dada yang kecil. Jangan panik kerana saiz buah dada tidak mempengaruhi banyak atau sedikit susu yang dihasilkan.

Ramai wanita yang pertama kali melahirkan anak akan merasakan yang bayi mereka tidak mendapat susu yang cukup. Ini berdasarkan mereka tidak berasa bengkak pada buah dada yang menandakan badan mereka telah menghasilkan susu pada hari pertama kelahiran. Pastikan anda tidak memberikan bayi anda susu Formula sama sekali, kerana walau pun buah dada tidak bengkak, badan akan menghasilkan susu yang dipanggil kolostrum pada hari-hari pertama anda melahirkan bayi.

Susu ini berwarna sedikit kekuningan dan dihasilkan pada jumlah yang sedikit. Ia mengandungi khasiat yang sangat tinggi serta mempunyai antibodi yang boleh membantu bayi melawan penyakit. Walau pun ia dihasilkan pada jumlah yang sedikit, ia mencukupi keperluan bayi kerana pada ketika ini perut bayi adalah sangat kecil.

Apabila bayi sering menangis, ramai ibu bapa yang bimbang bayi mereka tidak mendapat keperluan susu yang cukup. Bagaimana pun kelaparan hanyalah salah satu dari banyak punca mereka menangis. Selain dari lapar, bayi juga akan menangis sekiranya lampin mereka basah, kembung perut dan juga keperluan kasih sayang.

Sebenarnya hampir kesemua ibu dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka. Manusia tidak akan berkembang jika ini tidak berlaku. Terdapat sebilangan kecil wanita yang tidak mempunyai susu yang cukup, tetapi ini jarang berlaku. Biasanya ini ada kaitan dengan masalah kesihatan (seperti pembedahan buah dada, pil perancang). Kebanyakan masalah ini dapat diperbetulkan.

Wanita mempunyai 2 buah payudara, bermakna mereka juga dapat menyusukan kembar. Jadi ini adalah alasan menunjukkan ibu yang mempunyai 2 payudara dapat mengeluarkan susu yang cukup untuk 1 bayi.

Susu badan tidak dapat diukur menggunakan alat-alat yang saintifik, jadi adalah penting untuk anda mengetahui samada bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak.

Di bawah disertakan panduan-panduan yang dapat membantu ibu-ibu memastikan keperluan susu bayi adalah mencukupi :

* Susu anda akan 'ada' selepas 2-5 hari bayi dilahirkan. Bayi anda dilahirkan dengan lebihan cecair di dalam tisu-tisunya dan akan dibuang dalam masa 48 jam selepas lahir. Berat akan berkurang 7 - 8 auns. Buah pinggang bayi yang belum matang tidak akan mampu mengawal sejumlah besar cecair ketika ini. Amaun kolostrum yang kecil (cecair kuning pekat yang keluar dari payudara sebelum susu 'keluar') adalah sesuai untuk sistem penghadaman bayi baru lahir dan menyediakan antibodi yang penting. Dalam masa 24 jam pertama, anda akan mengeluarkan 37 ml kolostrum. Bayi akan mendapat 7 - 14 ml setiap penyusuan.

Biasanya pada hari kedua atau ketiga, payudara anda akan mula berasa 'lain', lebih panas, penuh dan berat. anda akan mula mengeluarkan susu transitional (gabungan kolostrum dan susu matang, berwarna kekuningan). Jika tiada berlaku perubahan pada payudara anda dan bayi anda kelihatan lapar selepas setiap penyusuan, hubungi doktor anda dan timbang bayi.

* Bayi anda sepatutnya melekat dan menghisap (secara berganti-ganti laju dan perlahan) selama 10-15 minit pada setaip payudara. Selepas menyusu dia akan kelihatan puas dan tertidur ketika di payudara kedua. Jika dia tertidur dan tidak mengambil susu di payudara kedua, cuba bagi dua masa menyusu di antara kedua-dua payudara. Jika dia tertidur, dia akan mendapat susu selama 5 minit bagi kedua payudara dari 10 minit untuk sebelah sahaja. Anda patut mendengar bayi anda sentiasa menelan ketika menyusu

* Bayi yan baru lahir perlu menyusu 8 kali dalam masa 24 jam. kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu 10-12 kali atau lebih. Ini termasuk penyusuan yang panjang dan penyusuan yang pendek. Menyusu setiap 1 1/2 - 3 jam sepanjang siang dan setiap 4 jam pada waktu malam. Tetapi jangan sangka bayi anda akan menyusu mengikut jadual 4 jam - bayi anda tidak akan bertambah berat badan. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda untuk menyusu.

* Apabila susu anda telah ada. payudara akan terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas penyusuan. Anda mungkin melihat susu menitis daripada payudara sebelah ketika bayi menyusu di payudara lain. Ini adalah tanda susu anda 'keluar'. Badan anda tidak tahu anda tidak menyusukan kembar, jadi susu akan keluar serentak. Sesetengah ibu akan berasa ketegangan, pengerasan atau seperti dicucuk jarum ketika susu keluar. Sesetengahnya tidak berasa sedemikian sehingga beberapa minggu.

* Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis bayi. Selain pertambahan berat badan, ini juga pertunjuk yang baik menunjukkan berapa banyak bayi anda menyusu.

Untuk beberapa hari selepas lahir, bayi akan membuang najis berwarna gelap. ini adalah najis yang disimpan sejak sebelum kelahiran. Dalam 1 ke 2 hari susu anda mula ada, najisnya akan bertukar warna dan kekerapan. ketika peralihan ini, najis akan berwarna keperangan atau kehijauan dan dalam bentuk cair dan tidak terbentuk. Apabila berumur 4 ke 5 hari, dia akan mula mengeluarkan 'najis susu' berwarna kekuningan dan berbiji. Dia patut membuang air besar 2-5 kali sehari dalam masa 24 jam dan mungkin akan membuang air besar selepas setiap penyusuan untuk beberapa minggu pertama. Jika najisnya berkurangan ini bermakna dia tidak mendapat susu yang mencukupi.

Semasa beberapa hari pertama, bayi anda hanya akan kencing 1 atau 2 kali sehari kerana dia hanya menerima kolostrum. Selepas susu telah ada, dia patut kencing 6-8 kali dalam masa 24 jam. Agak sukar untuk mengetahui berapa kerap bayi anda kencing kerana lampin pakai buang biasanya mempunyai gel yang menyerap air kencing agar sentiasa kering. Jadi anda boleh meletakkan tisu tandas didalam lampin itu utntuk menolong anda. Air kencing itu sepatutnya pucat, tiada berwarna and kurang berbau. Air kencing yang gelap menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.

* Kebanyakan ibu-ibu mengalami ketegangan pada puting pada peringkat awal penyusuan. Ketidakselesaan ini akan bertambah buruk apabila bayi menghisap buat kali pertama. Jika sakit berterusan ketika penyusuan, puting pecah atau berdarah, atau sakit melebihi 1 minggu ini bermakna bayi anda tidak menghisap dengan betul. Ini bukan sahaja menyebabkan anda tidak selesa tetapi juga menyebabkan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.Periksa berat bayi anda dan hubungi mereka yang arif mengenai penyusuan badan yang dapat menilai teknik penyusuan anda. Cara menghisap yang salah mudah untuk diperbetulkan.

* Satu cara mudah untuk memastikan bayi anda mendapat susu yang cukup ialah dengan memeriksa berat secara kerap. Adalah biasa untuk bayi kurang berat badan 5-7 % dari berat asal dalam beberapa hari pertama (tetapi jika melebihi 10% perlu pemerhatian). Anda perlu menanya berat bayi anda ketika keluar dari hospital kerana ini adalah berat yang perlu anda perhatikan untuk mengira pertambahan berat badannya bukan berat ketika lahir. Contohnya jika berat bayi anda ketika lahir adalah 7 lbs 8 oz. 48 jam kemudian ketika meninggalkan hospital berat bayi anda adalah 7 lbs 1 oz. Apabila susu mula keluar, berat bayi patut bertambah 1 auns setiap hari untuk beberapa bulan pertama. Kebanyakan bayi akan kembali ke berat ketika lahir dalam masa 2-3 minggu. Untuk melihat peningkatan berat, boleh membuat pemeriksaan selepas 2 minggu. Sepatutnya bayi juga akan mempunyai air kencing dan najis yang elok. Masalah penyusuan lebih mudah diperbaiki jika dikenalpasti dan dirawat awal.
CREDIT: http://susu-terbaik.blogspot.com

sila klik : http://eiyshabiz.blogspot.com/2011/09/28-set-e-mempercepatkan-penghasilan.html  @ Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma
(Sebagian petikan adalah dipetik dari :http://www.mybengkung.com)

57. PERSEDIAAN PENYUSUAN KETIKA HAMIL

Penyusuan Susu Ibu : Persediaan ketika hamil

Bagi wanita yang menunggu kelahiran pertama, mereka takkan 100% bersedia sehinggalah saat bayi dilahirkan. Mungkin ramai yang merasakan bahawa mereka telah bersedia untuk menyusukan bayi mereka tetapi apabila tiba saatnya pelbagai cabaran terpaksa ditempuh untuk menjayakannya. Antara persediaan mental yang boleh dilakukan sebelum kelahiran si manja anda. 

(1) Ikuti kelas penyusuan susu ibu.

(2) Warwarkan kepada keluarga terdekat bahawa anda ingin menyusukan bayi yang bakal lahir

(3) Pilih hospital yang breastfeeding friendly. Bercakap dengan doktor anda mengenai keinginan anda menyusukan bayi sebaik kelahirannya.

(4) Sertai forum dan komuniti susu ibu seperti susuibu.com

(5) Baca sebanyak mungkin informasi mengenai penyusuan susu ibu
- Kellymom
- Website rasmi LLL

(6) Dapatkan nombor telefon Lactation Counselor yang berdekatan supaya mudah untuk membuat rujukan apabila mengalami sebarang masalah di awal kelahiran.

(7) Ketahui masalah-masalah penyusuan pada awal kelahiran dan cara 
mengatasinya. 

- Masalah puting pendek - Sama ada pendek atau panjang puting sepatutnya tidak menjadi masalah kerana puting serta bahagian areola perlu masuk dalam mulut bayi ketika proses penyusuan. Ini adalah sama seperti masalah puting tenggelam.

- Susu tidak keluar - Sentiasa yakin dan percaya bahawa susu itu ada, satu jam pertama kelahiran bayi adalah paling penting. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk memastikan susu keluar. Jangan risau susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana pada awal kelahiran perut bayi adalah dikatakan hanya sebesar kacang, ia tidak memerlukan susu yang banyak untuk mengenyangkannya.

- Ketahui posisi yang sesuai untuk menyusukan sekiranya terpaksa bersalin dengan kaedah csect. Dapatkan bantal khas untuk menyusukan bayi sekiranya mempunyai lebihan budget. Bagaimana pun, bantal yang biasa juga sudah memadai.

- Puting sakit ketika menyusukan bayi - Sekiranya anda terasa sakit ketika menyusukan bayi, ia bermakna posisi penyusuan dan teknik pelekapan adalah salah kerana proses menyusukan bayi bukan satu proses yang menyakitkan. 

(8) Yakin dan percaya bahawa anda boleh menyusukan bayi sebaik kelahirannya. Seorang wanita yang normal seharusnya boleh menyusukan bayi mereka. Pengeluaran susu ibu adalah berasaskan konsep supply & demand. Oleh itu, susukan bayi sekerap mungkin sebaik kelahiran mereka.

CREDIT: http://susu-terbaik.blogspot.com

Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma

56. PUTING TENGGELAM & ALAT BANTUAN

Masalah Penyusuan - Puting tenggelam

Puting tenggelam (Inverted nipple) adalah masalah biasa yang dihadapi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Ramai ibu merasa bimbang apabila puting payudara mereka tenggelam.Sebenarnya ibu tidak perlu risau kerana bayi mendapat susu daripada payudara dan bukannya dari puting. Ibu memastikan bayi menghisap sebahagian besar tampok gelap payudara. Bayi akan menghisap puting dengan kuat semasa menyusu dan ini akan membantu memulihkan puting.

Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar:

(1) Nipplet - Pam khas ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi. 

(2) Urutan - Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet. Kaedah ini juga boleh dilakukan dalam peringkat mengandung bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan sebaik melahirkan bayi.

(3) Pam Payudara - Wanita juga boleh menggunakan pam payu dara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu.

(4) Breast shell - Ia juga turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payu dara dan membentuk puting. Alat ini perlu dipakai bersama coli anda seawal trimester ketiga untuk beberapa jam dalam sehari. Sekiranya anda selesa, anda boleh meningkatkan jumlah waktu penggunaannya. Selepas bayi lahir, pakai alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi. Namun, jangan sesekali memakainya di waktu malam.

(5) Teknik Hoffman - Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payu dara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda melakukanregangan ke atas puting dan melonggarkannya. Jadi, puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya lima kali sehari.

(6) Nipple shield - Teknik ini adalah langkah terakhir yang boleh lakukan jika cara-cara lain tidak menjadi. Caranya ialah anda menjadikan nipple shield sebagai pengganti puting anda yang tenggelam itu. Untuk mengelakkan bayi “gian”untuk menyusu menggunakan nipple shield, anda perlu mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada payudara anda.



N berikut adalah alat bantuan yg boleh di gunakan oleh mommies yg mempunyai puting tenggelam 








CREDIT: http://susu-terbaik.blogspot.com

Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma