Friday 16 November 2012

83. KEPERLUAN NUTRISI UNTUK IBU, AYAH & ANAK











SHAKLEE???


Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.
Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.

Wednesday 14 November 2012

82. TIPS DAN CARA MENCEGAH JERAGAT & JERAWAT

" Aku tgk kulit ko makin gebu la" hehehe...kembang skejap.. ha....jgn ingat saya prasan tau...tp ni la soklan yg selalu saya dapat sejak akhir-akhir ni... lagipun saya sendiri perasan yang parut-parut jerawat semakin samar dan berkurangan. Disini saya share tips untuk kulit sentiasa segar..

- Setiap pagi bangun tida minum la segelas air kosong, cuci muka dengan air bersih ( Bagi orang Islam berselawat mengadap Khiblat lebih bagus )

- AIR - Kandungan Air Penting Untuk Kelembapan Kulit yang terbahagi Kepada Dua Lapisan Utama Iaitu Epidermis Dan Dermis.

- Secara Saintifik, Kulit Mengawal Suhu Badan, Menyimpan Air, Lemak Dan Vitamin D

- Kulit Yang Terdedah Pada Cahaya Matahari Menghasilkan Pigmen Melanin Yang Berlebihan Untuk Melindungi Daripada Pancaran Uv Sehingga Menyebabkan Pigmentasi.

- Jika Bersolek, Gunakan Kosmetik Dengan Pelindung Sinaran Matahari Spf15 Dan Ke Atas.

- Jangan Merokok Dan Jauhkan Diri Daripada Asap Rokok.

- Gunakan Krim Pelembap Untuk Mencegah Kekeringan Kulit.

- Cahaya Matahari Yang Mengandungi Sinaran Uv Mempercepatkan Proses. Penuaan Dan Pigmentasi Elakkan Kulit Terdedah Terlalu Lama Pada Cahaya Matahari.





Selain daripada amalan di atas, saya juga mengamalkan pengambilan supplimen untuk dalaman. Vitamin kulit cantik dari dalam dapat membantu memenuhi segala keperluan nutrian yang di perlukan oleh badan. Dan pilihan saya adalah SHAKLEE!!





Kenapa SHAKLEE?? ok la..saya share antara produk shaklee yang sgt membantu keperluan seharian saya sebagai wanita, isteri, dan ibu...




  1. Energizing Soy Protein (ESP) – ESP sel kulit kita akan bertukar wajah pada setiap 21 hari. Maka keperluan protein yang berkualiti sangat penting dalam membina sel-sel baru tersebut. Ia juga membantu dalam memudarkan parut jerawat dan jeragat kerana dengan pembaharuan sel-sel yang sihat dapat mengembalikan kualiti kulit yang sihat.
  2. Vitamin C – FAKTA!!! vita C sangat membantu mengekalkan paras kolagen yang penting untuk membaiki kulit rosak serta menjaganya agar selalu licin, tegang dan sihat. Sebiji Vita C shaklee bersamaan 7 biji stengah buah oren...Superb!!
  3. B complex – Membantu mengurangkan tekanan/stress dimana ia menstabilkan hormon serta membantu memperbaiki peredaran darah, dan meratakan warna kulit. 
  4. Vitamin E – merupakan antioksidan yang kuat, anti penuaan dan membantu memudarkan parut jerawat dengan berkesan.
Mencari vitamin yg sesuai? hubungi saya  NISA 0132053494 / eiysha1004@gmail.com utk mendapat info lebih lanjut. 

Monday 12 November 2012

81. VITAMIN E COMPLEX

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 



Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






KELEBIHAN GRAPE SEED EXTRACT :-

Mengikut… kajian saintifik Minyak Biji Anggur terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah KANSER serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika mengamalkn secara konsisten. Selain itu, ia juga terbukti berkesan untuk menguatkan system imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul, serta merencat pembengkakan dan keradangan.

KENAPA GRAPE SEED OIL?

- Kerana terdapat Oligomeric Proantho Cyanidin(OPC) yang lebih tulin berbanding kumpulan fitonutrien yang lain.
- OPC pula merupakan anti pengoksidaan yang paling berkesan dan mampu melindungi tisu-tisu daripada pelbagai kecederaan pengosidaan.
- OPC (Oligomerc Procyanidolic Complexes) iaitu unsur aktif ekstrak biji anggur adalah 50x lebih kuat dari Vitamin E dan 20x lebih kuat dari Vitamin C
- OPC berfungsi memusnahkan ‘radikal bebas’ yang boleh memusnahkan badan manusia. Dalam erti kata lain, OPC inilah yang bertindak MEMBANTU MENGATASI MASALAH KANSER bagi mereka yang sedang mengalami masalah penyakit kanser atau bertindak sebagai benteng daripada serangan penyakit yang ditakuti itu.

Di samping itu, OPC yang amat kaya dengan protein terutamanya kalogen serta lebih kuat dari Vitamin E (50 kali ganda) dan C (20 kali ganda) menjadikannya sebagai makanan yang paling baik terhadap pembentukan sel dan tisu.

Sekaligus ia juga baik untuk AWET MUDA dan tentunya sangat baik untuk memelihara KECANTIKAN.
Selain daripada kehebatan Minyak Biji Anggur dari sudut kajian saintifiknya, kelebihan anggur juga turut termuat di dalam At-Tibb An Nabawi (Perubatan Nabi), yang menyatakan bahawa anggur adalah sebaik-baik buah dan yang paling banyak manfaatnya.

Ianya berfungsi sebagai buah, minuman dan juga ubat. Tidak hairanlah jika di dalam Al-Quran disebut sebanyak 11 tempat mengenai buah anggur.

Yang lebih menariknya, ia masih dijual dengan harga yang sama.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau
mencegah sebarang jenis penyakit.

Sunday 11 November 2012

80. MAKANAN TERBAIK UNTUK MINDA ANAK ANDA



Mari Kenali Makanan Terbaik untuk Otak Anak Anda! 

1. Salmon

Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.

2. Telur

Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.

3. Mentega kacang

Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

4. Bijirin penuh

Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut

5. Oat

Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.

6. Buah beri

Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.

7. Kekacang

Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

8. Sayur-sayuran berwarna-warni

Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.

9. Susu dan yogurt

Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

10. Daging tanpa lemak

Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

Share with Others!

Source: http://pama.karangkraf.com/



Friday 2 November 2012

79. MEALSHAKE



Meal Shakes

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 

http://shaklee.com.my
 Meal Shakes Shaklee adalah sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 

Jom tengok 6 fakta menarik tentang Meal Shakes

Complete Nutrients – Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.

Supplies Key nutrient to cells – Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.

Aids in Growing Up – Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.

Anti-Oxidants – Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.

Restore skin complexion – Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin 
colour complexion. 
Detoxification – Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.

Great Taste for young and old – Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.


http://healthy.babykawaiistore.com/category/meal-shakes/

78. KHASIAT KURMA



Dalam bahasa Arab KURMA disebut sebagai TAMAR
keluarga Phoenix yang sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit.

Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.
Antara khasiat buah kurma ialah ;

1-Kaya  protein
2-Kaya  gula semulajadi
3-Kaya  serat
4-Kaya  Vitamin A dan Viramin C
5-Kaya  zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.

Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :
“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.
Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;

1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)


Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan. Kerana itu ia sangat di galakkan kepada ibu yang sedang hamil serta ibu menyusu. Selain itu ia juga bertindak sebagai MILKBOOSTER (I'Allah).
I
Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal.
Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.

Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

* Resipi ringkas ini boleh diamalkan oleh ibu yang mengandung dan menyusus . Cara buatnya amat mudah ;

1-Masukkan beberapa ulas buah kurma yang telah dibuangkan biji nya dan segelas susu segar ke dalam blender
2-’Blender’ buah kurma dengan susu tersebut hingga sebati
3-Letakkan di dalam peti ais selama 1~2jam
4-Setelah betul-betul sejuk, barulah ‘air kurma susu’ itu diminum
Resipi ini memang sangat bagus untuk kesihatan. Cubalah.

*Kurma juga bagus diberikan kepada baby atau anak-anak kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut baby anda. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.

Thursday 1 November 2012

77. Alfalfa






Apa itu ALFALFA?

Alfalfa merupakan satu gudang zat. Akar tunjangnya yang mengunjur ke bawah sedalam 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis yang semulajadi.

Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.


Kebaikan Alfalfa dalam perspektif kesihatan. Antara info alfalfa ialah :

“Bapa Segala Makanan”, Alfalfa adalah makanan yang lengkap – makanan tambahan yang ideal untuk kesihatan dan tenaga.

Alfalfa mempunyai kandungan klorofil yang tinggi, bertindak sebagai pembersih tubuh yang asli, pelawan infleksi dan alat penyahbau yang asli.

Alfalfa adalah julap yang baik dan diuretik yang asli, digunakan untuk merawat infleksi urinari, buah pinggang dan pundi kencing dan kerosakan kelenjar prostat.

Alfalfa ialah terapeutik untuk artritis dan pengekalan air. Tabib-tabib Cina di kurun ke-6 menggunakan
Alfalfa untuk merawat batu karang dan untuk melegakan pengekalan cecair dan bengkak.

Alfalfa adalah juga tonik perangsang untuk ketidakhadaman, kurang darah, kurang selera makan dan pengasimilasi nutrien yang kurang baik.

Alfalfa ialah pembuka selera makan yang ulung di mana didapati ia boleh merendahkan paras kolestrol dan memperbaiki kesihatan dan kecergasan.

Alfalfa mengalkalikan dan menyahtoksikkan tubuh terutama hati. Menggalakkan fungsi kelenjar pituitari dan mengandungi agen anti-kulat.

Alfalfa digunakan untuk merawat sakit kuning dan untuk menggalakkan pembekuan darah.

Alfalfa membantu merangsang laktasi untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi.



Apakah kebaikan Alfalfa?
(1) Terkenal untuk merawat 3 A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy

(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :
• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera

(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau

(5) Promotes pituitary gland function

(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

(7) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara.
Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.
(8) As a galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu .

credit:- http://ainazshoppe.blogspot.com/2010/09/apa-itu-alfalfa-medicago-sativa.html

Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 (24jam) @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma

76. RAHSIA MANJAKANI




Hai u o'lls...kali nie...saye nk bercerita pasl MANJAKANI...asyik psl suplement je...boring jugak...Petua tradisional pun jgn di lupa.... Ilmu turun temurun gitu...

Ha..pada sape yg x knl manjakani ni....seperti gambar di atas..boleh dapatkan di kedai ubat cina @ kedai India...tak susuah pun nak cari sebenarnya..

Antara keistimewaan MANJAKANi ni adalah seperti:-
  1. Sangat dicadangkan kepada wanita lepas bersalin kerana Memulihkan kembali otot dalaman Faraj.. mengetatkan kembali Miss V kita yang longgar...
  2. Manjakani jugabersifat menegangkan kembali otot2.. dengan mengamalkan meminum air rebusan manjakani, ia mampu untuk tegangkan kembali breast kita ye...
  3. Membantu untuk kelihatan awet muda kerana ia mengandungi anti oksidan yang  berfungsi untuk melambatkan proses penuaan...
  4. Mengurangkan masalah keputihan yang menyebabkab Miss V kita berbau.
  5. Manjakani juga mampu mencegah dari kanser serviks & payudara selain ia jugak membantu mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
  6. Selebihnya boleh tanya En.Google la...hehehe
Cara - Cara Penggunaan MANJAKANI

CARA SAPU

Asah manjakani ni belakang pasu.. lepas tu sapu dekat tempat EPISOTOMI @ JAHITAN dekat Miss V

CARA MAKAN

Rebus buah manjakani & buang kulit.. lepas tu ambik isi dia & digentel2 dengan nasi & telan

CARA BASUH

Rebus manjakani lepas tu ambik air rebusan tu, tunggu sehinggga suam & cuci Miss V.. 

CARA MINUM

Ambil 5-10biji manjakani di Rebus bersama 4 cawan air & biar sehingga air kelihatan coklat gelap, jika banyak blh simpan. minum setengah cawan waktu pagi & sebelum tido. 

Monday 22 October 2012

75. MAKANAN DALAM PANTANG DAN TIDAK BOLEH



Pengenalan

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan. 

Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucuk pegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang


sumber: hidayahmk.blogspot.com

Saturday 20 October 2012

74. ENERGY SOY PROTEIN

ESP ape tu!!!

Energy Soy Protein merupakan sumber protein semulajadi yang terbaik.yang sgt di gemari oleh wanita di luar sana yang inginkan kulit anjal dan licin.... terutama bakal pengantin... OOppss... sgt2 popular juga di kalangan ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak (breasfeeding).   ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam. Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda.

Melalui pengalaman sendiri di mana perbezaan anak pertama & anak kedua yang sgt berbeza...Anak kedua mempunyai kulit yang lebih licin, halus, dan putih berbanding anak pertama kulit biase2 jer...sbb mase anak pertama x knl ESP lg...Asyik minum air soya kotak jer (nak anak putih la kononnye..)...rupanya banyak keburukan air soya nie...huhuhu

Ketika menyusu pula ESP sgt membantu dlm penghasilan susu badan yang pekat (Creamy) di mana bayi akan cepat kenyang...xder la asyik nak ngempeng jer kan...dan dalam masa yang sama juga mengekalkan dan mengembalikan keanjalan kulit dan sebagai sumber protein semulajadi yang terbaik.'

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

* Kekal Muda
* Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
* Kulit berseri dan anjal
* Pemberi tenaga segera
* Membaiki Pigmentasi

ESP adalah semulajadi kerana :-

* Ditanam secara organic
* Tidak menjalani proses genetik (non-GMO:non-Genetically Modified Organism)
* Mengandungi 9 asid amino penting
* Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol
* Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan
* Diproses tanpa dipanaskan.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 (24jam) @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma

Monday 15 October 2012

73. PILIHAN PENYUSUAN IBU - IBU


4 Set Penyusuan Mengikut Kesesuaian Ibu-ibu

Set ASAS breastfeeding Shaklee disusun dan dipakejkan dengan sedemikian rupa supaya ia dapat memberikan khasiat sepenuhnya kepada ibu dalam menyokong penyusuan yang berjaya.


Apa yang ada dalam set breastfeeding Shaklee?


Vita Lea

Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.


B Complex

B Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik. Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu. Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folic.

Sustained Released Vita-C

Vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.

Alfalfa

Alfalfa ialah milk booster (makanan penambah susu) yang telah digunakan sejak turun-temurun di Amerika Selatan. Ia adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan protein, kalsium dan klorofil.


Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan.

Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu.

Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.


*Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan mereka yang alergi terhadap alfalfa.





















Set Eu Four Pack

* Mengandungi Vitalea (Multivitamin) lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, dan Ostematrix (Kalsium Magnesium).

* Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS).

* Ostematrix yang dilengkapi kalsium-magnesium & Vita-D adalah sangat sesuai kepada ibu yang x suke minum susu.

Membantu ibu-ibu sentisa cergas sepanjang hari walaupun tak cukup tidur & membantu penyaluran kalsium yg diperlukan badan terutama rambut, gigi & tulang


Set 3M

* Mengandungi Vitalea (Multivitamin) lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, dan Ostematrix (Kalsium Magnesium). Energizing Soy Protein (ESP), Meal Shake, Performance Drink

* Ibu yang mengalami masalah penyusuan adalah digalakkan memilih set ini bg permulaan semula relaktasi penyusuan.

* Ibu-Ibu yang bekerja luar & mempunyai stok yg sedikit utk bekalan si manja sepanjang ketiadaan Ibu


Walau bagaimanapun, haruslah diketahui oleh para ibu yang sedang mencari bantuan untuk menambah susu badan… Cara yang paling berkesan untuk membanyakkan susu badan ialah membanyakkan stimulasi (pam dan direct feeding). Sekiranya anda mengambil set Breastfeeding ini, anda harus melakukan langkah-langkah tersebut untuk menggalakkan dan merangsang susu anda. Walau anda makan milk booster terbaik di dunia pun, jika anda tak pam dan jarang direct, sama saja.. tak ada kesan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 (24jam) @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma


Wednesday 5 September 2012

72. WAJAH BERSERI


Holla Ladies....

Erm...sejuknye harinie..ujan jer.... Ari nie nak Share Tips Wajah Berseri secara semulajadi dari ustaz yg hensem n baru jer kawen...sape lg..Ustaz Don Danial la....




Alhamdulillah kalu sememangnya telah di amalkan...
sebagai tambahan makanan keserian wajah dah tentu lah pengambilan makanan yang seimbang...bersukan...serta sentiasa ceria menjadi penambah perisa dalam mengekalkan awet muda pada wajah kan...

Umum dah sedia maklum bahawa Vitamin E adalah sgt2 sesuai untuk kulit... tak kira la sama ada jenis pil @ cream...

Set D  (psst..... Pilihan Ayu Raudhah Gitu..)

Mengandungi 3 vitamin penting untuk kecantikan dan kesihatan kulit iaitu Vitamin  E, Vitamin C dan B complex. Jika anda mengalamai masalah jeragat, jerawat, naik merah2, kusam, kering, cubalah amalkan 3 vitamin ini selain dari penjagaan luaran juga seperti pencuci muka, pelembab dan penyegar. Kebaikkan ketiga-tiga vitamin dalam set kecantikan ini adalah:

Kelebihan Vitamin E:
Melambatkan proses penuaan. Membantu dalam penyerapan oksigen. Mencegah kemusnahan vitamin A dan C. Mengeringkan luka. 

Kelebihan Vitamin C:
Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan. Menstabilkan bahan kimia dalam badan. 

Kelebihan Vitamin B Complex:
Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B dalam kadar yang diperlukan . Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Mencegah kelesuan dan kemurungan. Membantu kelancaran urat saraf. Mengelakkan stress. Vitamin-vitamin dari set kecantikan ini bukan sahaja membantu pemulihan dari segi dalaman, malah berfungsi dari segi luaran juga terutama Vitamin E. Kesan-kesan positif hasil penggunaan Set D terutama Vitamin E dari segi luaran dan dalaman. 
Pengalaman saye juga telah membuktikan keberkesanan nya... trutamanya Vitamin E...saye cucuk ckit kapsul vitamin E shaklee then saye picit utk keluarkan cecair vitamin E tersebut dan saya sapu kan ke muka...dalam masa 3 hari parut2 jerawat semakin kurang...selebihnya saya makan la...

Sama ada cepat atau lambat satu perubahan itu berlaku bergantung pada tubuh badan individu. Vitamin bertindak perlahan membaik pulih luka-luka lama terlebih dahulu. Semoga anda juga berjaya. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut @ SMS ke 013-2053494 (24jam) @ email ke eiysha1004@gmail.com untuk konsultansi percuma

Tuesday 4 September 2012

71. TIPS UNTUK BANYAKKAN SUSU BADAN

Alhamdulillah....bulan nie dh masuk 3rd trimester....boleh di katekan tggu hari jer nak bersalin..mcm2 prasaan ada...

Sambil2 nak tggu waktu bersalin..saya rajin plak cari info2 berkaitan susu ibu nie...sbbb mase anak 1st dulu x dapat nk khatam smpai PHD..(Penyususan sehingga 2 tahun)...cume smpai SPM jer...HUHUHU..( 6 Bulan )..tp tu pun dh syukur sgt2...sbb dlm tempoh 6 bulan tu saya adalah seorg EP MOM...juga TQ sesgt pada MOMMY LYNA dr http://vitaminsemulajadi.com/ sbb consult pasal SHAKLEE dan penyususan susu ibu...yg sgt membantu...walaupun saya dah x menyusu namun saya troskan juga SHAKLEE sebagai amalan hidup sihatku serta keluargaku...

Jadinye.....di sini saya nak kongsi 1 info yg saya dapat dari  http://www.mysupervitamins.com/2011/12/apa-yang-perlu-dibuat-jika-rasa-susu.html 

rase sgt membantu....

Untuk menyusukan anak secara eksklusif perlukan komitmen, ilmu dan kesabaran yang tinggi. Jadi lengkapkan diri dengan informasi berguna mengenai keseluruhan proses penyusuan, berada di keliling orang yang support BF dan dapatkan bantuan jika masalah anda tidak dapat diselesaikan sendiri.

Bagi sesetengah ibu, mungkin merasakan susu mulai kurang atau memang yakin susunya kurang kerana ibunya dulu kurang susu atau anak pertama dulu susu kurang. Jadi, cuba semak list ini, mungkin ia membantu anda kenal pasti masalah kenapa susu mulai kurang dan penyelesaiannya

1. Anak tengah mengalami growth spurt

2. Breast tidak dikosongkan dengan sempurna.

lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak susu baru dihasilkan.
jadi jika anda kosongkan payudara dengan sempurna, susu baru akan lebih cepat dihasilkan
target untuk pam di pejabat, setiap 3 jam dan di rumah pada waktu malam, 20 minit untuk setiap breast untuk setiap sesi.

3. Tekanan
emosi ibu mempengaruhi pengeluaran susu. Jadi, cari jalan untuk menghilang stress dan gembira.

4. Sibuk dan tidak mengepam dengan konsisten
jika anda tidak mengepam, lama kelamaan susu akan berkurangan.
ini kerana, otak menerima signal bahawa permintaan telah berkurangan jadi kurangkan bekalan.


Penyelesaian


1. Jika anak anda mengalami growth spurt, dia memang agak cerewat dan suka menangis. Jadi, teruskan penyusuan dan cuba jangan stress dengan perubahan sikap anak. Ia hanya sementara.


2. Kosongkan payudara dengan sempurna. Cuba untuk meluangkan 20 minit untuk setap breast semasa mengepam. Lebih baik double pumping untuk ibu yang bekerja atau belajar kaedah marmet untuk perah dengan tangan jadi boleh menjimatkan masa memerah kedua-duanya serentak.


Cuba ubah betulkan lekapan breast pump anda selepas beberapa ketika. Jika menyusu direct, cuba ubah posisi anda. Ini bagi memastikan semua susu di semua bahagian dikosongkan sepenuhnya.


Semasa menyusu direct, pastikan bayi menyusu secukupnya di sebelah payudara dahulu. Offer breast sebelah lagi (jika dia masih mahu). Jika tidak, sambung pump untuk 10 minit lagi di payudara yang sama selepas baby menyusu walaupun hanya dapat 1oz. Untuk next session, offer breast yang berlainan dari sesi sebelumnya. Ini bermakna, alternate breast untuk setiap sesi bagi ibu yg direct feeding.


4. Semasa cuti bekerja direct feeding sekerap mungkin. Ini kerana, skin to skin stimulation sangat berkesan. Lakukan power pumping sekali sekala untuk memberi ransangan demi meningkatkan pengeluaran susu.


5. Jangan berikan air suam atau susu formula. Jika anda memperkenalkan susu formula, permintaan terhadap susu ibu semakin berkurangan. Jadi, macam mana nak meningkatkan permintaan dan penghasilan susu anda.


6. Dapatkan rehat secukupnya dan makan makanan berkhasiat untuk tenaga berpanjangan. Ambil supplemen yang semulajadi jika anda berkemampuan dari segi kewangan dan kekangan masa untuk menyediakan makanan sempurna untuk diri sendiri.


Minum air kosong secukupnya. Jika tidak, darah menjadi lebih pekat dan badan perlu bekerja lebih keras.

7. Pastikan lekapan / latching anak betul supaya breast dapat dikosongkan betul dan anak mendapatkan foremilk dan hindmilk.


8. Penggalak susu atau galagtagogue adalah herba untuk meningkatkan production susu seperti alfalfa. Namun, ia lebih berkesan dengan kekerapan penyusuan atau mengepam. Jika tidak, sebarang penggalak susu hanya memberi kesan sementara atau tidak berkesan kerana asas penyusuan adalah supply vs demand.

9. Anda mungkin tidak merasakan engorgement tapi ini tidak bermakna susu anda sudah kurang. Ini adalah petanda badan sudah adjust dengan demand anak.

10. Jika breast pad dah tak basah atau breast dah tak leaking juga tidak bermakna susu dah tak cukup. Ini hanya petanda badan hanya menghasilkan susu yang cukup untuk permintaan anak. Anda harus sentiasa positif dan yakin dengan kemampuan diri. Breastfeeding is more than just milk.

11. Ada sesetengah ibu yang mempunyai duktus atau gugusan susu yang sedikit berbanding ibu lain. Anda boleh berjumpa Lactation Counselor(LC) untuk mendapatkan nasihat lanjut jika tip di atas telah anda ikuti dan masih tidak berhasil.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut. SMS ke 013-2053494 atau email ke eiysha1004@gmail.com untuk consultansi tambahan secara percuma.