Friday 2 November 2012

78. KHASIAT KURMA



Dalam bahasa Arab KURMA disebut sebagai TAMAR
keluarga Phoenix yang sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit.

Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.
Antara khasiat buah kurma ialah ;

1-Kaya  protein
2-Kaya  gula semulajadi
3-Kaya  serat
4-Kaya  Vitamin A dan Viramin C
5-Kaya  zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.

Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :
“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.
Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;

1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)


Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan. Kerana itu ia sangat di galakkan kepada ibu yang sedang hamil serta ibu menyusu. Selain itu ia juga bertindak sebagai MILKBOOSTER (I'Allah).
I
Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal.
Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.

Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

* Resipi ringkas ini boleh diamalkan oleh ibu yang mengandung dan menyusus . Cara buatnya amat mudah ;

1-Masukkan beberapa ulas buah kurma yang telah dibuangkan biji nya dan segelas susu segar ke dalam blender
2-’Blender’ buah kurma dengan susu tersebut hingga sebati
3-Letakkan di dalam peti ais selama 1~2jam
4-Setelah betul-betul sejuk, barulah ‘air kurma susu’ itu diminum
Resipi ini memang sangat bagus untuk kesihatan. Cubalah.

*Kurma juga bagus diberikan kepada baby atau anak-anak kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut baby anda. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.

No comments:

Post a Comment