Friday 22 November 2013

Tips Berjimat

Assalamualaikum...dan Salam 1MALAYSIA..
 Saya tertarik dengan artikal yang di tulis oleh Saudara   Mohd Zulkifli Shafie bahawa kita harus hidup dibawah kemampuan kita, agar hidup lebih tenang dan selesa

Hidup BAWAH Kemampuan? apa tu?


Saya ada terbaca, “hidup di bawah kemampuan” ialah salah satu prinsip kewangan yang diamalkan oleh orang kaya yang sebenar (bukan orang kaya mee maggie). Mereka kaya sebab mereka memang amalkan gaya hidup BAWAH kemampuan, bukan hanya masa dah jadi kaya, tapi sebelum dia jadi kaya lagi.

"saya mampu pakai waja je....Alhamdulillah..."


Saya bukan orang kaya. Tapi saya ‘seronok’ belajar melalui orang kaya – dengan membaca dan memerhati. Dan saya perhati, memang tak ramai yang amalkan prinsip penting ini.

Trend Hidup Di LUAR Kemampuan

Yang lebih membimbangkan, memang dah jadi trend sekarang ni orang hidup di LUAR kemampuan! – dengan cara berhutang, ansuran, kad kredit, skim bayaran mudah dan apa saja skim yang sama ‘waktu’ dengannya… Sikap ambik mudah dengan hutang, membuatkan ramai yang hidup di LUAR kemampuan sebenar mereka.

Tips Hidup Bawah Kemampuan

Untuk hidup BAWAH kemampuan, ada beberapa tips yang saya nak kongsikan pada sahabat semua.

Pertamanya, jauhilah hutang walauapapun bentuknya. Kad kredit (kad hutang), skim bayaran mudah, skim bayaran ansuran, tak perlu bayar dalam tempoh 30 hari, semua tu hutang yang telah diberi nama baru supaya kita tak rasa ianya adalah hutang! Hutang yang lebih afdhal untuk kita jauhi ialah Hutang Mudarat.

Keduanya, berbelanjalah ikut KEPERLUAN, bukan KEMAMPUAN, dan jauh sekali ikut KEMAHUAN. Memang prinsip ni saya benar-benar amalkan sejak lalui zaman-zaman sempit dulu.

Perlu atau Benar-benar Perlu?

Saya tahu, cara macam ni memang tak ada class. Tapi saya selesa dengan cara ni. Bagi saya, biar tak nampak ‘berharta’, asalkan poket saya penuh. Kalau ada duit, bila-bila masa jer boleh ditukarkan menjadi ‘harta’. Tapi kalau ada ‘harta’, bukan senang nak convert balik jadikan duit kalau kita terdesak…


Kalau ikutkan, memang banyak benda yang saya nak beli (miliki) tapi selalu saya tangguh-tangguhkan. Kekadang sampai beberapa tahun masih tak terbeli. Bukan sebab tak mampu, tapi ia belum cukup alasan untuk ia dikategorikan sebagai benar-benar PERLU.

Walaupun ‘statusnya’ memang perlu, ia terpaksa ditangguh-tangguhkan sebelum ianya bertukar menjadi benar-benar perlu. Bila dah benar-benar perlu, masa tu dah tak perlu ditimbang-timbang lagi. Memang kena beli sekarang!


*Bak kata Irfan Khairi, dalam buku ‘Nota Jutawan, Nota Kewangan’.
  Nak beli, tunggu dalam tempoh seminggu. Kalau selepas tempoh tersebut masih rasa perlu, beli la. Biasanya ‘nak’ pada sesuatu perkara terjadi pada masa itu saja. Dalam sains pun, nak tahu kita perlu tambah makan atau tak, tunggu dalam 20 minit dulu sebab penghadaman makanan amik masa dalam tempoh 20 minit, baru otak dapat ‘signal’ yang kita dah kenyang. Selepas itu, kalau rasa lapar lagi, tambah lah makanan
Sememangnya hidup di bawah kemampuan adalah sukar, especially kena kawal dan turunkan ego.


credit:http://kedaipadaidik.weebly.com