Monday 26 September 2011

15. Tiada SUSU ? Penyusuan Eksklusif perlukan usaha dan kesabaran



Soalan daripada azza:
salam kak nieza….saya sedang hamil anak ke-3..saya teringin bf anak2 saya secara ekslusif tapi tak pernah berjaya. Pengalaaman saya di hospital swasta,.sebaik lepas melahirkan..nurse2 sebok nak tolong bg susu formula..Alasannye takut anak kena jaundis kalau tak cukup minum susu..Jadi saya yg tak cukup pengalaman tpaksa membiarkn mrk bg formula susu pada anak saya…
Bila balik ke rumah ..saya cuba juga bf anak..tapi dah mula campur dgn susu formula sbb suami juga risau anak tak cukup susu….Hari kedua dan ketiga susu dah mula keluar..tapi saya perasan,susu cuma keluar di tgh2 puting sahaja….kata mak saya sepatutnye puting payu dara ade lebih dr satu lubang..sebab itula anak saya tak puas bila bf. Betul ke kak niza cakap emak saya tu?
Salam azza, di sini akak beri jawapan, nasihat dan panduan:


1. Sebelum melahirkan bayi iaitu ketika hamil, tanamkan di dalam fikiran dan niatkan di dalam hati bahawa azza hendak menyusukan bayi secara eksklusif apabila bayi lahir nanti. Tanamkan sikap positif bahawa susu ibu pasti ada sebaik bayi dilahirkan nanti. Buat persediaan secukupnya termasuk usahakan utk mencari dan membaca seberapa banyak info berkaitan penyusuan ibu termasuk juga kesukaran2 yg mungkin akan berlaku supaya kita benar2 bersedia dan tidak mudah patah semangat. Ajak juga suami, ibu atau ibu mertua berkongsi info yang kita perolehi itu.


2. Sebaiknya sebelum melahirkan bayi (terutama di hospital bukan rakan bayi = hospital yg kurang menekankan bf), beritahu kepada doktor/nurse/bidan bahawa azza nak menyusukan bayi sebaik sahaja bayi lahir nanti. (baca kepentingan menyusu pada 1 jam pertama kelahiran dan amalan di hospital rakan bayi). Selepas bayi lahir pun jika nurse tidak membawa bayi kpd azza, minta nurse ambilkan bayi segera. Jika kelahiran secara ceaser, ibu kena pandai2 adjust position supaya tidak menyakitkan bhg pembedahan (lihat posisi penyusuan ibu).


3. Untuk mengelakkan dan mengurangkan jaundis pada bayi baru lahir, penyelesaian terbaik ialah dengan memberi bayi susu ibu secukupnya BUKAN dengan susu formula!


4. Pada hari2 awal (hari 1-3) biasanya susu ibu yang putih dan cair belum lagi muncul. Ini menyebabkan ramai ibu membuat kesimpulan bahawa mereka “tidak ada susu”, “kurang susu”, “memang keturunan tak banyak susu” (mak sendiri pun pernah cakap camni!) dan macam2 lagi kesimpulan yg negatif. Hakikatnya susu yang hadir ketika itu hanyalah kolostrum yg pekat, berwarna kekuningan dan sedikit. Namun yg pekat, kuning dan sedikit itulah makanan terbaik dan mencukupi utk bayi baru lahir. JANGAN buang kolostrum itu kerana kolostrum hanya hadir sekali itu sahaja sepanjang hayat anak itu! Baca info mengenai kolostrum selanjutnya.


5. Mulai 1 jam pertama kelahiran, beri bayi menyusu seberapa kerap yg bayi mahu atau setiap 1-2 jam sekali. Penyusuan kerap akan merangsang penghasilan lebih banyak susu. Maka tidak akan terjadi isu “tiada susu” atau “susu kurang”.  Memberi bayi susu formula atau air masak akan mendedahkan bayi kepada ”pencemaran”. Sebab itu penyusuan eksklusif bermaksud SUSU IBU SAHAJA tanpa susu formula atau air masak sekali pun. Baca selanjutnya kenapa bayi kurang 6 bulan tidak perlu air tambahan.


6. Pada setiap puting ada lebih kurang 15-20 liang susu. Liang2 ini perlu dibersihkan supaya tidak tersumbat dan memudahkan pengaliran keluar air susu ibu. Selalu dinasihatkan pada akhir kehamilan, ibu2 digalakkan mencuci liang2 puting dengan air bersih ketika mandi pagi. Sekali sudah mencukupi… jgn kerap2 kerana tindakan ini dikhuatiri merangsang pengecutan rahim pula. Elakkan menggunakan sabun kerana ia boleh menyebabkan kawasan puting menjadi kesat.

http://www.momschoice.com.my


Pengambilan Makanan tambahan dapat membantu dalam menjayakan Penyusuan Ibu, dan mereka yang ingin kearah menjayakan Penyusuan Ibu saya ingin berkongsi Vitamin yg sgt2 membantu diri saye sendiri klik SINI


Untuk tempahan anda boleh hubungi saya di talian 013-2053494 atau email saya di eiysha1004@gmail.com
Walau bagaimanapun, haruslah diketahui oleh para ibu yang sedang mencari bantuan untuk menambah susu badan… Cara yang paling berkesan untuk membanyakkan susu badan ialah membanyakkan stimulasi (pam dan direct feeding). Sekiranya anda mengambil set Breastfeeding ini, anda harus melakukan langkah-langkah tersebut untuk menggalakkan dan merangsang susu anda. Walau anda makan milk booster terbaik di dunia pun, jika anda tak pam dan jarang direct, sama saja.. tak ada kesan.

No comments:

Post a Comment