Monday 26 September 2011

19. Keperluan Asas Tubuh


Vitamin B complex :
ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b
complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody,
cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil
jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C :
ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli
kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C
membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E
terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses
penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan
mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan
kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E
sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang
berminyak.

Protein
sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan
hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat
sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu
dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah
mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.

Air :
sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber
makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah
terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering
seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah

 Hubungi saya untuk maklumat lanjut. SMS ke 013-2053494 atau email ke eiysha1004@gmail.com

No comments:

Post a Comment