Thursday 28 August 2014

TIPS PENJAGAAN RAMBUT

Pepatah mengatakan “ Rambut Adalah Mahkota Wanita” mungkin benar kerana ia adalah bahagian tubuh yng sangat penting untuk dijaga…

Bagi wanita yang tidak bertudung pasti tidak terlalu sukar untuk menjaganya TAPI!!! Keselesaan wanita yang bertudung juga bergantung pada keadaan rambut. Jika rambut tidak dijaga dengan elok..pastinya tudung yang cantik dipakai akan kelihatan senget benget akibat asyik menggaru kepala yang gatal… Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.images


Kulit kepala juga memerlukan cahaya matahari dan bagi memastikan mematikan rambut sihat.

Berikut adalah panduan yang boleh anda ikuti demi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik.

1) Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut
Pilih fabrik lembut untuk pemilihan tudung anda. Kini, fabrik bawal adalah pilihan paling popular. Elakkan memilih fabrik kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.

2)Tidak Perlu Kerap Mencuci
Sebagai wanita bertudung , tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira bagaimanapun kadar kepanjangan rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.

Cadangan : Cucilah rambut sekurangnya 3x seminggu pada waktu petang selepas pulang kerja kerana rambut dapat dikeringkan secara semulajadi pada waktu malam yang panjang.

p/s – jgn bungkus rambut ye…biarkan ia bebas bernafas……

download



3) Berehat Dahulu Sebelum Membersihkan Diri
Sebaik sahaja selesai aktiviti harian, bukalah tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan "rehat" dengan sempurna.

4) Sentiasa Merawat Rambutimages (1)
Lakukan rawatan rambut sekurangnya sebulan sekali bagi mengelakkan rambut rosak / terbelah di hujung. Jika tidak mengambil berat akan hal ini pastinya anda akan kelihatan tua sebelum usia. Untuk jimatkan kos sentiasa amalkan amalan penjagaan rambut secara rutin seperti amalan tradisional.

5) Atasi Masalah Rambut Jika Ada
Jika rambut anda masalah teruk, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak punyai kos yang cukup untuk mendapatkan rawatan di salun terkemuka, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai dengan anda, Perlu diingat, masalah pada rambut kadangkala bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, Bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak mencari penyelesaianya.
** Kalau banyak duit boleh la ke Yun Nam Hair care yang harga beribu2 tu….huhuhu…(ADA YANG LEBIH MENJIMATKAN??)

 INFO HEBAT!!!!
- Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan info yang betul tentang cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan hanya mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab mengapa rambut mudah rosak.

Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/9113-penjagaan-rambut-wanita-bertudung.html

No comments:

Post a Comment