Thursday 28 August 2014

CANTIKKAN RAMBUT SEMULAJADI

BEBERAPA CARA PENJAGAAN RAMBUT SECARA TRADISIONAL

MENGHILANGKAN KELEMUMUR
-ambil 3 batang serai dan 2 biji limau nipis. kisarkan sehingga lumat , kmudian tapis dan ambil patinya sahaja.
-sapukan pada seluruh rambut.. alah macam pakai syampu lah kan.. -gosok bagi rata.. dan biarkan selama 15 minit
-selepas 15 minit, bilaskan rambut anda sehingga bersih
- boleh amalkan 2 kali seminggu




MENCANTIKKAN RAMBUT
-ambil beberapa helai daun limau purut dan bunga raya kmudian ramas sehingga hancur dengan sedikit air.
-apabila sudah hancur, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
-hasilnya, rambut anda akan semakin cantik dan yang paling penting akan berbau harum.. herrmm




MELURUSKAN RAMBUT
-perah sebiji kelapa, dan ambil patinya sahaja. Campurkn dgn air limau nipis.
-simpan santan pekat ini didalam peti ais sehingga permukaannya nnti nmpak macam krim tu..(kalau pnah smpan santan dlm peti ais anda taulah macam mane rupanya kan)
-gunakan krim ini untuk disapukan keatas kulit kepala dan keseluruhan rambut.
-tutup kepala anda dengan kain selama 1jam. Selepas itu barulah bilas dengan ait sebersihnya yee..
-lakukan 3 kali seminggu..

MENGILATKAN RAMBUT
-bersihkan biji betik dan jemur sehingga kering. kemudian, gorengkan tanpa minyak sampai hangus.
-selepas itu, tumbukkan atau giling sehingga lumat.
-pindahkan ke dalam piring dan bancuhkan dengan sedikit air.
-sebelum menggunakannya, bersihkan rambut dahulu yee..
-sapukan bahan tadi pada rambut anda.
-hasilnya, rambut akan berkilat dan lebih hitam...

ATASI KEGUGURAN RAMBUT
-masukkan tiga sudu besar serbuk teh kedalam secawan air mendidih. kemudian, tapis.
-tambahkan sedikit serbuk inai, dan putih telur kedalam air teh tadi.
-kacau sehingga sebati. kemudian sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 3 jam.
-amalkan 2 minggu sekali.

No comments:

Post a Comment